Mahkamah

Fitnah hutang peneroka, Muhyiddin hantar surat tuntutan saman kepada Anwar

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan surat tuntutan saman terhadap Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah kononnya hutang peneroka FELDA tidak dihapuskan semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Surat tuntutan saman kepada PMX yang dihantar firma guaman, Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) menyifatkan Anwar membuat kenyataan fitnah tanpa berlandaskan fakta yang bertujuan untuk mencemarkan imej Muhyiddin.

Untuk rekod, Anwar pada 7 Julai 2023 lalu didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dan mengelirukan semasa majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang berhubung isu penghapusan hutang peneroka.

Kenyataan fitnah Anwar itu diterbitkan secara siaran langsung melalui sidang ‘Facebook Live’ dan disebarkan secara meluas yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Muhyiddin, kata firma itu.

“Kenyataan fitnah tersebut yang merupakan pembohongan serta palsu dan mengelirukan, dalam maksud biasa dan semula jadinya atau secara sindiran telah mencemar dan merosakkan nama baik dan reputasi Anakguam kami serta mencalar imej dan integritinya sebagai seorang mantan Perdana Menteri dan pemimpin negara.

“Kenyataan fitnah tersebut juga menimbulkan kebencian dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Anakguam kami sehingga menyeret Anakguam kami ke dalam kehinaan dan skandal awam.

“Kenvataan fitnah tersebut telah mengakibatkan Anakguam kami mengalami kerosakan dan kergian serta prejudis apabila masyarakat awam memandang serong terhadap Anakguam kami dan keluarganya,” menurut surat tuntutan yang dilihat Agenda Daily.

Dalam surat itu juga, RDS mengemukakan fakta kes berhubung jawapan di Parlimen berhubung penghapusan hutang peneroka yang sudah dibuat pada 2021.

“Hal ini dinvatakan pada 2021 dalam pemberitahuan pertanyaan bukan lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, penggal keempat di Parlimen Ke-14 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Sri Mustapa Bin Mohamed bahawa 87.54% daripada keseluruhan 112,638 peneroka FELDA telah menandatangani Perianiian Penghapusan Piniaman dan Pengurusan Kebun antara FELDA dan Peneroka.

“Hal ini juga disahkan pada 23.2.2023 dalam pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakvat Mesyuarat Pertama, penggal kedua di Parlimen Ke-15 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Datuk Sri Azalina Binti Othman Said bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA telahpun diluluskan pada Julai 2021,” katanya lagi.

Muhyiddin juga membangkitkan berhubung tuduhan dibuat oleh Anwar berhubung penyelewengan yang sehingga hari ini gagal dibuktikan oleh Presiden PKR itu.

“Anakguam kami berasa kesal kerana kenyataan fitnah tersebut disebarkan dalam berbagai variasi walaupun palsu, bohong dan mengelirukan dan diulang-ulangi sehingga dipercayai oleh rakyat awam (‘Repeat a lie often enough and it becomes the truth’ – Joseph Goebbels).

“Anakquam kami menyatakan bahawa Datuk Seri juga telah berbohong sebelum ini apabila mencipta fitnah bahawa Anakguam kami telah menyelewengkan RM600 bilion yang berubah kepada RM530 bilion dan kemudian menurun menadi RM92.5 bilion kemudian turun lagi kepada RM4.5 bilion dan jatuh merudum ke RM300 juta seperti dinyatakan dalam permohonan Semakan Kehakiman Bersatu,” ujarnya lagi.

Muhyiddin memberi tempoh 24 jam untuk menjawab surat tuntutan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang selepas ini.

“Bahawa dalam tempoh 24 jam dari penerimaan surat ini, Datuk Seri mengemukakan surat atau dokumen yang Datuk Seri katakan Datuk Seri tandatangani sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun 2023 bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka FELDA bernilai RM8.3 bilion yang kononnya telah gagal dilaksanakan oleh Anakguam kami;

“Bahawa dalam tempoh 24 jam dari penerimaan surat ini, Datuk Seri menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dan memadamkan semua penyiaran kenyataan fitnah tersebut dari akaun Facebook Datuk Seri dan semua laman web dan platform di mana kenyataan fitnah tersebut disiarkan,” kata surat itu lagi.

BACA: Kerajaan lulus dana hampir RM1 bilion untuk kelangsungan Felda

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button