fbpx
Nasional

Kos tunaikan haji dijangka meningkat

KOS untuk menunaikan ibadah haji kemungkinan akan meningkat ekoran penambahan caj dan syarat dikenakan Kerajaan Arab Saudi ke atas bakal jemaah susulan langkah penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimana pun sebarang penambahan kos bagi bakal jemaah haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan.

Penambahan caj dan syarat dikenakan Kerajaan Arab Saudi ke atas bakal jemaah haji susulan langkah penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Unjuran kos itu tak dapat ditentukan kerana belum ada simulasi pergi balik haji termasuk kos penerbangan sebagainya, dalam masa terdekat kita akan kira kos-kos keseluruhan dan diperincikan oleh Tabung Haji (TH).

“Kita hanya menjangka (pertambahan) dahulu…saya sendiri akan pergi ke Arab Saudi untuk berbincang dengan menteri haji dan agamanya mengenai isu-isu berkaitan haji dan perincian keputusannya mungkin  penghujung Januari,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-37 Musim Haji 1442H disertai lebih 500 Pengendali Kursus Ibadat Haji secara dalam talian di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sebarang makluman pertambahan kos tidak akan dibuat secara mengejut dan sebarang keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Pada masa ini katanya, orang ramai digalakkan menambah simpanan dalam TH.

Zulkifli juga mengumumkan para pendeposit TH kini boleh membuat rayuan haji bagi tahun 2021 atau 1442H yang dibuka bermula hari ini sehingga 13 Feb tahun hadapan, melalui aplikasi THiJARI. – SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button