Nasional

Jemaah Menteri akan bicang rayuan doktor kontrak, kata PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan Jemaah Menteri berkenaan rayuan doktor-doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

“Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh Kementerian Kesihatan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan libatkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatasan sikit jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

“Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya telah minta untuk dibawa ke jemaah menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya kepada kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dilaporkan media sebelum ini berkata beliau meminta doktor kontrak agar bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.-BERNAMA

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button