Belang Bertempat

UMNO sedang menghadiahkan baja kepada Rafizi

KALAU pilihan raya diadakan dalam masa terdekat ini 3 juta ahli UMNO solid akan mengundi parti itu tetapi 30 juta rakyat negara ini tidak menyokong parti berkenaan.

Sentimen dimainkan UMNO selepas Najib dipenjarakan kerana kes SRC mungkin menarik simpati ahli parti itu, tetapi tidak bagi majoriti rakyat negara ini.

Apa yang mereka lakukan hanyalah memberi baja kepada Rafizi untuk terus menyerang UMNO.

UMNO mendesak PM supaya masuk campur kes membabitkan Najib. Nasib baik PM tidak terjebak dalam kekalutan itu.

Tidak cukup itu UMNO dikesan cuba menonjolkan anak-anak Najib. Jika Anwar dahulu berjaya menobatkan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi apakah anak Najib bakal menjadi puteri transformasi atau puteri SRC atau puteri 1MDB.

Jika UMNO tidak berhenti memberi peluru kepada lawan dan menembak kaki sendiri, serta menggali kubur sendiri, mereka akan menyebabkan parti itu dicampak kali kedua ke alam barzah.

Kes membabitkan Najib sebelum ini telah menyebabkan UMNO kalah pada pilihan raya lalu dan perkara itu bakal berulang.

 

(Visited 1,070 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button