Nasional

Malaysia sudah ada tujuh kes koronavirus

TIGA lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan. Menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini.

Kesemua kes itu melibatkan warganegara China.

Demikian menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi ini.

Dr Noor Hisham Abdullah

Tiga kes positif terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad pemisahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di wad pemisahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita.

Wanita itu terdahulunya berstatus negatif tetapi telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh setelah mereka (kedua-dua anaknya) dikesan positif.

Sebelum ini, terdapat empat kes positif koronavirus dilaporkan di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata satu kes masih menunggu keputusan makmal.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respons terhadap wabak penyakit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik.

Kapasiti dan keupayaan sedia ada ditingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan koronavirus, katanya. – BERNAMA

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button