Politik

Banglo yang tular di Sik Kedah adalah rumah kepada abang Ahmad Sanusi yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.

Baru-baru ini telah tular berkenaan rumah banglo yang berharga RM7.8 Juta yang berada di Sik Kedah dikatakan milik ahli seorang politik iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang telah tular di media sosial.

Banglo milik abang ahli politik yang berada di Sik Kedah bekerja sebagai penyelam laut

Namun beliau menafikannya dan menjelaskan bahawa kediaman terbabit adalah milik abangnya yang sudah bertahun lamanya kerja sebagai penyelam dasar laut .

“Foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej ‘Google Map‘ yang cuba digambarkan ada kaitan dengan saya hingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik saya…ia tidak benar dan semata-mata fitnah.

Peta rumah yang telah tular di Media Sosial

Pemfitnah ini bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai percaya saya kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, tiada satu sen wangnya digunakan untuk membina rumah tersebut malah ia dibina dari hasil titik peluh abangnya sendiri yang sudah bekerja keras selama puluhan tahun sehingga terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya tiga ke keempat bulan keluar bekerja.

“Bukan sekali dua tapi banyak kali sehingga ada ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.

“Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru, ada pula yang dengki dan sakit hati menjaja fitnah kononnya rumah itu bukan milik mereka.

“Apakah salah mereka kepada kalian? (pemfitnah),” luahnya.

Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, turut mempersoalkan adakah menjadi kesalahan abangnya mengumpul duit setelah berpuluh tahun bekerja mempertaruhkan nyawa dalam keadaan begitu bahaya dan memberi sedikit kegembiraan buat keluarganya.

“Mengapa jadikan dia mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.

“Apa salah dia kepada kalian hingga tidak berkira kira langsung menyebar fitnah sedangkan kalian tidak kenal pun siapa pemilik rumah itu? Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan saya, dilahirkan sebagai abang saya.

“Adakah kerana dia abang saya, dia tidak boleh bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?,” soalnya.

Rata-rata penduduk Sik juga sudah mengetahui bahawa Banglo itu milik abangnya yang sudah lama bekerja keras dan bukannya rumah beliau.

Sementara itu menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim dalam kenyataan petang ini juga menjelaskan gambar rumah di Sik yang tular di media sosial adalah milik abang Sanusi iaitu ‘Budin’.

Katanya, Budin bekerja sebagai penyelam dasar laut dan bukannya orang politik selain tidak ada kena mengena dengan politik atau pilihan raya.

“Rumah itu bukan milik beliau (Menteri Besar), tidak ada wang Muhammad Sanusi diguna untuk bina rumah itu walau satu sen,” katanya.

Artikle Berkaitan;>

Muhammad Sanusi beri jaminan pemerintahan berhemah

 

Jumpa di mahkamah, kita kisahkan tentang sejarah – Sanusi

(Visited 651 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button