AgamaNasional

Korban bukan sekadar satu ibadah

IBADAH korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha atau bersamaan dengan 10 Zulhijjah yang dilakukan selepas solat Hari Raya dan pada hari-hari tasyriq berikutnya (11, 12, 13 Zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara syarat-syarat melaksanakan Ibadah Korban ialah:

  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Berkemampuan
  5. Merdeka

Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S yang telah digantikan dengan seekor Kibas dengan kuasa Allah S.W.T., maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Korban kepada umat Islam.

Ia berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ


Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” (Surah Al-Hajj: 34)

Untuk pencerahan bersama, apakah hukum melaksanakan korban dan adakah ia wajib atau sunat?

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) dan sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat korban. Adalah Makruh hukumnya bagi mereka yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban.

Akan tetapi tidak berdosa bagi mereka yang tidak melaksanakan Ibadah Korban walau pun tiada sebarang keunzuran.

Melaksanakan ibadah korban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut. Ibadah korban adalah Ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”  (Riwayat al-Hakim)

 

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button