PolitikRencana

Lebih ramai pemimpin kanan UMNO perlu bersuara

Analisis

PARA pemimpin kanan dalam UMNO perlu bersuara menyampaikan resolusi atau keputusan dan pendirian dalam Majlis Tertinggi supaya hala tujunya dilihat jelas.

Lebih ramai pemimpin yang berdiam diri dan hanya mengharapkan orang seperti bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kalau kerap orang yang sama sahaja menyampaikan pendirian Majlis Tertinggi, maka akan jadilah kes seperti yang berlaku kepada Annuar yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN.

Situasi yang dihadapi oleh Annuar boleh dianggap unik kerana beliau kerap kali menyatakan pendirian supaya UMNO bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Walaupun dalam masa sama terdapat akar umbi yang menyelar saranannya dan menyifatkannya sebagai pengkhianat UMNO.

Tetapi, kenapa label sebagai pengkhianat kalau setiap kali keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi pun bersifat anti-klimaks dan mahu kerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan.

Malah, berhubung pendirian ‘no Anwar, no DAP’ pun masih juga ada pemimpin yang secara bersembunyi mahu kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP.

Jadi, UMNO kenalah zahirkan pendirian yang benar-benar jelas dan mudah difahami, jangan nanti bila semua orang sudah ‘stim’ dengar macam-macam berita, penghujungnya anti-klimaks.

Sebagai contoh, yang berlaku baru-baru ini, terdapat dakwaan mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ahli Parlimen UMNO melepaskan jawatan dalam kabinet dan GLC.

Tetapi, siapa pemimpin yang kemudian menjelaskan pendirian asal Majlis Tertinggi parti? Adakah keputusan mengarahkan perletakan jawatan dipersetujui dalam Majlis Tertinggi atau hanya keputusan presiden sendiri?

Sehingga kecoh sudah macam-macam cerita sampai Setiausaha Agung BN pun kena pecat, memang nampak celaru betul.

Betul-betul celaru, sehinggakan ada dakwaan mengatakan 189 Bahagian UMNO bersetuju menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

Walhal, bukannya semua pun yang mengemukakan usul dalam mesyuarat agung peringkat perwakilan itu, sebaliknya tidak sampai dua pertiga pun yang mengusulkan cadangan itu, 99 Bahagian sahaja.

Apapun, tahniahlah kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kerana akhirnya melontarkan pendirian ‘apa yang UMNO inginkan’ dan buah fikiran terhadap kerjasama dengan mana-mana parti dalam pasca PRU-15 nanti.

Tetapi sudah terlambat, Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari nanti, dalam tempoh ini pun macam-macam hal boleh terjadi. Jangan bangun esok pagi, tengok kerajaan sudah hilang… – SM

(Visited 740 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button