EkonomiNasional

Kopi Periuk Tanak: Tiada pahitnya demi kesihatan

KUALA LUMPUR – Apabila sebut tentang air minuman kesihatan yang dikaitkan dengan akar kayu dan periuk tanah, pastinya ada yang cuba mengelak untuk minum kerana rasanya terlalu pahit dan meloyakan.

Bukan sahaja generasi muda tetapi golongan dewasa juga pasti mengalami pengalaman pahit ketika dipaksa minum air ‘ubat tradisional’ itu sedangkan khasiatnya begitu baik untuk meningkatkan kesihatan dalaman samada lelaki atau pun wanita.

Haslinda Ahmad, seorang usahawan amat menghargai dan saying dengan formula yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

Bayangkan formula tujuh keturunan, bermula dengan Datuk Pekerma Jaya di Langkawi, Kedah akan hilang begitu sahaja jikta Haslinda tidak melakukan sesuatu.

Formula ubat tradisional ini akan terkubur ekoran kepesatan perubahan gaya hidup moden. Justeru atas inisiatifnya, Haslinda mengkomersialkan produk minuman kesihatan tersebut untuk pasaran.

Produk Kopi Periuk Tanah dan Kopi Pecah Periuk telah dihasilkan dengan menggunakan pelbagai rebusan akar kayu dan rempah ratus yang digunakan oleh bidan kampung yang diusahakan sendiri oleh nenek moyangnya secara tradisional.

Menurut sejarah, Pekerma Jaya atau nama asalnya, Wan Yahaya merupakan abang kepada Mahsuri dan beliau juga adalah wakil sultan di Langkawi ketika itu dan juga merupakan seorang pejuang yang menentang tentera Siam.

Haslinda yang juga Pengarah Urusan Canai Intan Legacy Enterprise, berdarah keturunan waris keluarga ternama itu, telah memperkenalkan produk tersebut sejak dua tahun lalu dan sehingga kini mendapat sambutan baik daripada pelanggan di seluruh negara.

Rasa produk yang ditambah dengan kopi Arabica dan sedikit krimmer, telah menjadikannya sedap diminum dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Lebih menarik, produk berkenaan telah mendapat pengiktirafan sebagai Produk Geopark daripada Langkawi Unesco Global Geopark.

Ini kerana produk tempatan itu dihasilkan bagi memelihara persekitaran alam semulajadi, menawarkan pengalaman berharga kepada pelancong serta dalam masa yang sama, berjaya mengukuhkan ekonom dan kebudayaan komuniti tempatan.

Menurut Haslinda, produk Kopi Periuk Tanah difokuskan kepada kumpulan wanita bagi membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.

Ia mengandungi ramuan rempah ratus dan akar kayu, antaranya ialah kacip fatimah, manjakani, akar serapat dan gamat asli.

“Khasiat rempah ratus dan akar kayu itu dapat membantu mengurangkan masalah keputihan dan hormon tidak stabil.

“Selain itu, produk ini merapatkan otot bahagian intim dan menguatkan rahim, merawat luka dalaman, mencerahkan serta menyegarkan wajah selain membekalkan kekuatan dan kecerdasan akal,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuah, Langkawi baru-baru ini.

Usahawan berusia 41 tahun itu juga memberitahu, beliau turut melibatkan diri dalam bidang spa selama 13 tahun di Langkawi.

Hari ini, Haslinda memiliki dua buah spa di Pantai Chenang dan yang terbaharu, di Hotel Adya, Kuah.

Kopi yang dibangunkan melalui kajian dan pembangunan yang teliti bagi mengelakkan khasiat akar kayu dan rempas ratus itu berkurangan, telah dikilangkan melalui kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluaran bertaraf Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, Haslina menjelaskan, syarikatnya turut memperkenalkan Kopi Pecah Periuk yang memfokuskan kepada golongan lelaki dan Berjaya mendapat sambutan hangat.

“Kopi ini diformulasikan daripada bahan semulajadi, campuran akar kayu dan rempah ratus seperti tongkat ali hitam, tongkat ali putih, ubi jaga, jintan manis, kulit kayu manis dan habbatus sauda.

“Produk ini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman lelaki termasuk melancarkan peredaran darah,” jelasnya.

Produk yang ditawarkan pada harga RM69 sekotak boleh didapat secara online dan melalui pengedarnya di seluruh negara.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk berkenaan atau menjadi pengedar, boleh menghubungi beliau di talian 012-459 1454. – SM

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button