Belang Bertempat

Ramai mahu jadi ahli UMNO, isi sahaja borang

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil memaklumkan, sejak akhir-akhir ini beliau telah menerima banyak pesanan daripada orang ramai yang ingin menjadi ahli UMNO di cawangannya atau secara amnya, di tempat mereka iaitu kawasan atau kediaman.

Kata Isham, mereka ingin bergiat dalam UMNO dan membantu perjuangan UMNO. Ramai juga ahli UMNO yang sedia ada yang ingin membantu Isham sebagai sukarelawan.

“Kerana terlalu banyak message yang saya terima melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook (FB) messenger, saya mohon maaf kerana tidak sempat membalas semuanya,” katanya dalam satu catatan.

Oleh itu, jelas Isham, untuk memudahkan urusan supaya beliau dan pegawai-pegawai dapat menghantar borang dan memproses semua permohonan tuan-tuan dan puan-puan, beliau mohon supaya mereka ini dapat mengisi butiran seperti nama dan maklumat lain yang berkaitan dalam borang yang disertakan di link di bawah untuk memudahkan proses pendaftaran.

Untuk permohonan ahli UMNO yang baru:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGBnSvtNWGnOMIxTLz3UjDDJqnv4v71-IQ77UqP9Jt_pndpQ/viewform?usp=sf_link

Untuk ahli UMNO sedia ada yang ingin menjadi sukarelawan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSftkAGoa0VUam3ZPsQs6kX-0MkfH5NfKNhbyl8FKiphII7tyQ/viewform?usp=sf_link – SM

(Visited 1,473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button