Nasionalpilihan

Kontraktor serah memorandum isu MARRIS kepada Ketua Menteri

Kira-kira 1,000 kontraktor kecil di negeri ini berdepan gulung tikar jika pemberian projek di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada sebuah syarikat
konsesi yang dilantik baru-baru ini.

Berikutan kebimbangan tersebut seramai hampir 60 kontraktor kecil mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pintu masuk Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka serta menyerahkan
memorandum bantahan untuk diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Wakil kontraktor berkenaan, Abdul Aziz Abu Shah berkata, jika pemberian projek MARRIS diserahkan kepada konsesi lain kontraktor terutama kelas F bakal kehilangan kerja terutama yang berskala
kecil.

“Apa akan jadi pada nasib kami, cuba fikirkanlah ke arah mana kami selaku kontraktor kecil yang akan hilang kerja dan pekerja-pekerja kami pula hilang pekerjaan.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kita berhadapan dengan bulan puasa dan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi kami tiba-tiba hilang pendapatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan pelantikan sebuah syarikat konsesi kepada wakil daripada pejabat Ketua Menteri di luar pekarangan Kompleks
Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Baru-baru ini isu MARRIS timbul susulan tular sebuah klip video berdurasi lima minit 19 saat dikatakan mengaitkan Ab. Rauf dengan isu berkenaan.

Susulan klip video berkenaan, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Melaka membuat satu laporan di Balai Polis Ayer Keroh baru-baru ini meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dengan terperinci dakwaan dalam klip berkenaan.

Ketua Wiranita Melaka, Laila Norinda Maon berkata, beliau terpanggil membuat laporan berkenaan selepas menonton klip video tersebut di laman sosial Facebook yang dengan jelas mengaitkan nama
Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri yang dikaitkan dengan penyelewengan Marris.

Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Putra Pusat berkata, melalui video berkenaan menyebut duit Marris duit sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka untuk membantu
kontraktor-kontraktor kecil membangunkan perniagaan mereka tetapi telah dilencongkan ke Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Mengulas lanjut Abdul Aziz mendakwa syarikat konsesi terbabit akan melaksanakan projek kecil melibatkan pembinaan jalan raya dan jalan kampung, parit, longkang serta balai raya yang sebelum ini dilaksanakan kontraktor kelas F.

Jelasnya, segala kerja-kerja menyelia dan menguruskan penyelanggaraan jalan di negeri ini sepatutnya diserahkan kepada kontraktor kecil melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ekoran itu katanya, kontraktor kecil di setiap daerah di negeri berkenaan bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat konsesi terbabit menguasai semua projek kerajaan.

Tegasnya, pelantikan konsesi itu bukan bertujuan memajukan lagi kontraktor tempatan sebaliknya membunuh perniagaan mereka.

“Kami sedia berunding dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan serta menyelamatkan kami seluruh kontraktor yang terjejas,” ujarnya. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button