Nasional

Bekalan gula putih mencukupi

BEKALAN gula putih bertapis dalam negara adalah mencukupi untuk kegunaan industri dan domestik.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sebanyak 285,700 MT telah diluluskan kepada 37 syarikat untuk mengimport gula putih bertapis.

Harga kawalan semasa pek gula ialah RM2.85/kg (gula kasar) dan RM2.95/kg (gula halus).

KPDN akan memastikan bekalan diedarkan sekurang-kurangnya 42,000 MT setiap bulan oleh MSM dan CSR bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja dan peniaga kecil.

Menurut KPDN, jumlah minimum gula adalah mencukupi bagi keperluan isi rumah.

Syarikat yang didapati melakukan kesalahan seperti menyorok bekalan gula bertapis pek 1kg dan 2kg atau membungkus semula gula tersebut kepada 50kg untuk jualan industri akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerajaan. -SM

Baca juga : Allianz General agih lebihan pertama CAF kepada 7 pertubuhan kebajikan

(Visited 205 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button