Nasional

Kontrak guru interim 2019 dilanjutkan

KONTRAK perkhidmatan guru interim yang diambil pada 2019 akan disambung setahun lagi, umum kementerian pendidikan hari ini.

Ia berkata lanjutan itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (ESC) mengatur sesi temu duga dan membuat pelantikan tetap bagi guru yang memenuhi syarat.

Sementara itu, guru interim yang diambil sebelum 2019 diminta memastikan mereka memenuhi syarat-syarat ESC supaya kementerian dapat mengesahkan permohonan mereka sebelum menyerahkan mereka kepada suruhanjaya untuk temu duga.

Pengumuman kementerian itu dibuat beberapa bulan selepas guru interim yang mengajar sejak tiga tahun lepas mengadu tidak diberikan jawatan tetap.

Pada Mac, mereka diberitahu mereka tidak akan dipanggil untuk temu duga bagi jawatan tetap kerana mereka tidak mempunyai Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET). Mereka telah mengalami kesukaran sejak tiga tahun lalu untuk mendapatkan diploma pendidikan dalam talian akibat pandemik Covid-19.

Seorang guru yang terjejas memberitahu bahawa guru sementara itu menulis rayuan kepada kementerian pendidikan dan ESC untuk melanjutkan kontrak mereka, yang akan tamat pada April.

Mereka meminta kementerian menyerap mereka secara kekal dengan syarat mereka akan memperoleh Band 5 dalam MUET atau kelayakan lain yang setaraf – seperti Rangka Kerja Rujukan Eropah untuk Bahasa (CEFR) dalam tempoh dua tahun.

 

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button