Gajet

Thumby: Konsol Permainan Video Terkecil Di Dunia Layak Terima Anugerah Paling Inovatif?

INDUSTRI permainan video atau gaming telah berkembang dengan pesat pada masa kini sehinggakan industri tersebut lebih bernilai daripada industri perfileman Hollywood.

Kini industri gaming bukan sahaja menjadi tumpuan golongan remaja tetapi telah menjadi hobi bagi golongan dewasa.

Dalam dua dekad ini, pelbagai jenis konsol permainan video telah dihasilkan oleh pengeluar terkenal untuk memenuhi permintaan yang cukup tinggi.

PlayStation, Ninetendo dan X-Box merupakan jenama konsol permainan video yang dikenali ramai dan mempunyai keistimewaan sendiri.

TinyCircutis berasal dari Ohio, Amerika Syarikat telah memperkenalkan konsol permainan video yang terkecil di dunia yang dikenali sebagai ‘Thumby’.

Rekaan terbaru tersebut diinspirasi daripada Game-Boy dan tampil seperti rantai kunci atau keychain.

Thumby bersaiz 29.5mm x 18mmx 8.5mm dan dilengkapi dengan skrin sesentuh monokrom OLED 72x 40.

Konsol permainan video tersebut berfungsi seakan sama dengan versi biasa Game boy dengan dilengkapi dengan D-pad dan butang A dan B.

Bagi pelancaran pertama, Thumby dilengkapi dengan lima jenis permainan video popular iaitu TinyAnnelid, TinyDelvere, TinyTris dan TinySaur Run.

Baru-baru ini, konsol permainan video kecil ini telah memenangi ‘Best in Show: Most Innovative Product’ di GDex Conference. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button