Hiburan

Konsert tampilkan Tomok, Hazama, Akim dan Black ditangguhkan

PENGANJURAN Konsert 4G’s yang sepatutnya diadakan pada 11 dan 12 Disember depan di Panggung Sari Istana Budaya terpaksa ditangguhkan.

Konsert itu sepatutnya menampilkan empat penyanyi terkenal iaitu Tomok, Hazama, Akim dan Black.

Penganjur konsert berkenaan berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan berikutan pengumuman kerajaan yang masih mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur.

“Arahan pihak berkuasa Malaysia juga melarang sebarang acara di hadiri penonton kepada kawasan atau negeri yang dikenakan PKPB.

Atas faktor keselamatan & kesihatan semua pihak termasuk peminat, artis, pemuzik serta pekerja yang terlibat, kita terpaksa menangguhkan konsert ini ke satu tarikh yang baharu,” katanya.

Menurutnya, tarikh baharu konsert berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya keadaan Covid-19 kembali reda dan terkawal.

Ini adalah kali kedua konsert ini ditangguhkan selepas diumumkan pada awal tahun ini dan sepatutnya diadakan pada bulan April lalu.

Namun disebabkan penularan Covid-19 di dalam negara pada Mac lalu, konsert tersebut terpaksa ditangguhkan. -SM

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button