Hiburan

Konsert Shila Majid: Beli tiket, dapat minyak wangi

KEMBALI mengadakan konsert, ‘Shila Majid BIG BANG’, peminat yang membeli tiket akan mendapat minyak wangi secara percuma.

Ini satu tarikan dan kelainan yang ditonjolkan oleh pihak yang merancang konsert Datuk Shila yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur pada 18 Mac tahun depan.

Pada sidang akhir yang diadakan bagi meuar-uarkan konsert tersebut, JioBuddy memberi pencerahan, bagi menghargai sokongan peminat tegar Shila sepanjang kariernya sebagai penyanyi, setiap pembelian tiket pada semua harga akan mendapat minyak wangi beserta kotak yang sangat eksklusif.

Kata Shila, para peminat yang rindukan persembahan beliau bolehlah mula membeli tiket mulai 12 Disember ini.

Mengambil kira kapasiti dewan yang hanya boleh muat 3,000 penonton sahaja, disarankan membeli tiket awal dan persembahan hanya satu malam sahaja.

“Konsert saya hanya satu malam sahaja. Tidak ada hari kedua kerana ia momen istimewa yang boleh dirasai buat satu malam sahaja. Selepas itu tiada lagi.

“Peminat perlu beli tiket cepat-cepat. Jangan tunggu sampai hari konsert. Jangan ada yang beranggapan apabila pihak penganjur mengumumkan tiket habis dijual, mereka tidak percaya. Mereka sangka masih ada lagi yang dijual di lokasi pada hari konsert,” katanya.

Shila mengakui teruja dan berbesar hati untuk mengadakan konsert tahun depan kerana mahu memenuhi permintaan peminat.

“Konsert akan berlangsung selama dua jam setengah. Setakat ini saya masih belum memutuskan berapa lagukah yang akan dipersembahan.

“Ia diperingkat perbincangan dengan pihak pengurusan tetapi sudah pasti saya akan membawa lagu-lagu hits,” katanya.

Tiket konsert boleh dibeli atas talian dengan klik www.Jiobuddy.asia atau https://www.jiobuddy.asia/eventdetail-sheila-majid.php.

Minyak wangi percuma akan dihantar sebelum sebelum konsert ke alamat masing-masing.

Harga tiket bermula dari RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP). – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button