
Konsert EMPAT Bukan Tentang Siapa Lebih Tapi Tentang Bersama
TIADA siapa mendominasi, tiada siapa dibayangi. Itulah mesej utama yang ingin ditegaskan oleh Ziana Zain dan Anuar Zain menjelang konsert istimewa EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025 yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur.
Ziana menolak sekerasnya pandangan yang mengaitkan konsert ini dengan elemen persaingan vokal. Sebaliknya, beliau melihat setiap penyanyi membawa kekuatan dan identiti tersendiri yang telah lama dikenali oleh peminat.
“Peminat sudah tahu setiap penyanyi ada vokal dan identiti. Jadi tiada istilah siapa overshadow siapa. Unless kalau datang dengan fikiran negatif. Tapi kalau hadir dengan hati terbuka, anda akan enjoy persembahan kami,” kata Ziana penuh yakin.

Pandangan itu turut diperkukuhkan oleh adiknya, Anuar Zain, yang menekankan bahawa keserasian antara mereka berempat terletak pada rasa hormat dan semangat kerjasama.
“Kami sangat supporting antara satu sama lain. Tiada langsung isu siapa lebih dari siapa. Hati masing-masing baik, senang berbincang – termasuk bila pilih lagu. Itulah kekuatan kami,” ujar Anuar.
Konsert Keluarga, Dua Generasi Satu Jiwa
Menggabungkan dua generasi artis dalam satu pentas, EMPAT Live bukan sekadar konsert, tetapi perayaan kasih sayang, perjalanan seni, dan penghargaan terhadap peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan.
Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal berkongsi pentas dalam momen bersejarah yang menyatukan muzik dari era balada 90-an ke gaya vokal moden dan kontemporari masa kini.
Sentuhan Profesional, Emosi Tak Tertanding
Konsert ini digerakkan oleh Sze Wan sebagai Pengarah Muzik yang melihat EMPAT sebagai projek istimewa yang menyatukan empat karakter suara dalam satu persembahan penuh keseimbangan.
“Gabungan empat penyanyi ini macam mencantumkan puzzle – imbangkan tenaga, susunan vokal dan aliran persembahan agar setiap suara bersinar dengan cara tersendiri.”
Jennifer Thompson, pengarah konsert berpengalaman, menjanjikan detik-detik eksklusif yang tidak boleh didapati di mana-mana platform lain.
“Setiap mereka ada karakter dan aura tersendiri. Ini bukan sekadar konsert – ia pesta muzik, memori dan cinta buat peminat dari semua lapisan umur.”
“Satu Malam, Banyak Kenangan”
Ziana menyifatkan malam konsert nanti sebagai momen paling istimewa dan penuh emosi buat mereka dan peminat.
“Saya bayangkan 18 Oktober itu jadi fenomena. Ini bukan sekadar persembahan, tapi momen kenangan paling indah untuk kita semua.”
Ernie Zakri pula melihat konsert ini sebagai sejarah peribadi:
“Saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Konsert ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan peminat.”
Syamel menyatakan bahawa persembahan mereka bukan sekadar vokal, tetapi sentuhan jiwa:
“Kami bukan sekadar menyanyi. Kami mahu sentuh hati penonton. Peminat adalah nadi malam itu.”
Tiket Hampir Habis – Ini Peluang Anda!
Kategori Bronze, Silver, Gold, Platinum dan Royal Twin Seat telah habis dijual, manakala tiket Diamond (RM888) dan VIP (RM1,088) masih boleh dibeli di:
Tersedia juga kemudahan bayaran ansuran melalui Atome dan SPayLater.
EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025 – Bila Empat Hati Bersatu, Muzik Jadi Bahasa Cinta
Mega Star Arena, Kuala Lumpur
18 Oktober 2025
Ziana, Anuar, Ernie & Syamel menanti anda – satu pentas, dua generasi, satu sejarah untuk dikenang.