Hiburan

Konflik bersama Wani Comel, Aliff Syukri sedia tunggu saman

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia pernah berjanji untuk memberi duit, kereta atau rumah terhadap selebriti media sosial yang dikenali sebagai Wani Comel.

Menurut Aliff, di dalam kontrak itu ada menyatakan bahawa wang itu akan diberikan di atas belas ihsan sahaja dan tidak pernah dijanjikan.

“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang untuk maklumat saya ada mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis.

“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dirinya berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Sebenarnya saya memang tidak pernah menjajikan kereta rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,”katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Aliff, jika terdapat beberapa pihak yang ingin mengambil tindakan saman terhadapnya, dia bersedia dan mengalu-alukan saman tersebut.

Dalam pada itu, Aliff juga memberitahu terdapat beberapa beberapa pihak yang cuba menjatuhkan diri dan perniagaannya.

Malah, dia juga tidak teragak-agak untuk membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Terdahulu, Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianiaya Aliff selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.

Siaran penuh sidang akhbar berkenaan konflik antara Wani Comel dan Aliff boleh ditonton di Facebook Suara Merdeka. -SM

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button