Luar Negara

Komuniti Islam di Michigan rai Aidilfitri dengan cara baharu

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri di Michigan, Amerika Syarikat tahun ini sangat berbeza, kata Pengerusi Majlis Komuniti Islam Michigan, Mahmoud Al-Hadidi.

Tidak ada sembahyang sunat Aidilfitri di masjid atau jamuan di pagi raya, juga tidak ada majlis keraian seperti sebelum ini.

Malah perhimpunan sesama keluarga juga dihadkan.

“Biasanya kami menganjurkan majlis yang besar di rumah saya dengan kehadiran 400 hingga 500 orang.

“Tetapi itu tidak akan diadakan pada tahun ini. Saya hanya akan meraikannya bersama keluarga terdekat. Kami duduk di rumah,” katanya kepada Al Jazeera.

Larangan perhimpunan beramai-beramai bagi dijangka hingga 28  Mei bagi membendung penularan wabak Covid-19 bagaimanapun tidak menggugat semangat mereka meraikan Aidilfitri.

Penduduk di tenggara Michigan, yang menempatkan salah satu komuniti Islam terbesar di Amerika Syarikat, berkata, mereka ada cara yang inovatif untuk meraikan cuti umum selama tiga hari sempena hari raya.

“Kami bersemangat untuk meraikan dan bergembiran di sebalik keadaan ini, kami akan sesuaikannya,” kata Mahmoud.

Sepatutnya, beribu orang dijangkan hadir untuk meraikan Aidilfitri pada pagi Ahad untuk mendengar khutbah secara langsung yang disiarkan di televisyen tempatan selain di media sosial.

Kebiasaannya, selepas itu kenderaan akan bersusun di luar beberapa masjid untuk menikmati muzik dan untuk mengedarkan hadiah kepada kanak-kanak.

Tetapi, pada tahun ini buat pertama kali hadiah-hadiah tersebut diedarkan secara pandu lalu.

Seperti orang Islam lain di seluruh dunia, komuniti Islam di Michigan yang seramai 250,000 orang, secara tradisinya meraikan Aidilfitri dengan menziarah saudara dan rakan-rakan di rumah atau menyertai majlis-majlis yang dianjurkan.

“Biasanya kami pergi bersembahyang di masjid dan bersarapan, dan pada sebelah malam kami meraikan dengan majlis makan malam.

“Kami menghabiskan hampir sepanjang hari hari di luar rumah,” kata Lama Samman Nasry kepada Al Jazeera.

Samman Nasry –  yang merupakan penduduk di pinggir bandar Detroit bekerja sebagai pengurus di sebuah klinik dan ibu kepada empat anak berkata, dia merupakan salah seorang sukarelawan yang akan mengagihkan hadian dan makanan.

“Kami ini akan menjadi sambutan Aidilfitri yang sunyi. Sambutannya sangat berbeza kali ini,” katanya.

Michigan merupakan antara negeri yang teruk terjejas akibat Covid-19 di Amerika Syarikat dengan lebih 53,000 kes positif dan lebih 5,000 kematian – yang keempat tertinggi di negara itu.

Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer telah mengumumkan langkah untuk membuka semula sektor ekonomi supaya pernigaan dapat diteruskan dan membenarkan perhimpuan sosial.

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button