NegeriRencah Hidup

Kurma Daging Perlis ada di semua cawangan Me’nate Steak Hub

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 di Me’nate Steak Hub cawangan Sunway Putra Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENU Kurma Daging Perlis kini boleh didapati di semua cawangan Me’nate Steak Hub sepanjang bulan Ramadan bagi set Moreh.

Menu istimewa ini akan diteruskan kelak melalui promosi Aidilfitri serta tersedia dalam menu Me’nate Steak Hub pada waktu makan tengahari atau “Luncheon”.

Majlis pelancaran Promosi Masakan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Me’nate Steak Hub cawangan Sunway Putra Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra memerhati Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen yang berkenan membuka penutup menu Kurma Daging Perlis yang dipromosi di Me’nate Steak Hub cawangan Sunway Putra Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda sulung Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Acara pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan keunikan Kurma Daging Perlis, tetapi juga menonjolkan kepakaran kulinari Me’nate Steak Hub, dalam memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menikmati pelbagai jenis daging stik premium dan menu barat lain yang dijamin halal di semua cawangan Me’nate Steak Hub.

Kolaborasi antara Me’nate Steak Hub dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dalam mempromosikan sajian eksklusif tempatan Perlis melalui keunikan kulinari Me’nate Steak Hub bagi menyahut titah saranan daripada Raja Muda.

Me’nate Steak Hub, jenama restoran stik tempatan yang diterajui oleh Palace Butcher Resources Sdn Bhd, telah menjadi pilihan utama untuk pencinta daging berkualiti tinggi yang mempunyai empat belas cawangan di seluruh negara dan satu cawangan antarabangsa yang beroperasi di London, United Kingdom.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah pada promosi Kurma Daging Perlis TMPs 2024-2025 Me’nate Steak Hub cawangan Sunway Putra Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak restoran berkenaan mempelawa semua pelanggan Me’nate Steak Hub dan seluruh rakyat Malaysia bagi sama-sama meraikan TMPs 2024-2025 dengan pengalaman kulinari yang luar biasa dan penuh keistimewaan di semua cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara. – SM

BACA ‘Kurma Daging Perlis’ menu istimewa Hari Kebangsaan di Los Angeles

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button