Luar Negara

WHO beri amaran Omicron tingkatkan risiko jangkitan semula

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, COVID-19, Omicron berkemungkinan lebih mudah menjangkiti semula mereka yang pernah ada virus itu.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, data awal menunjukkan Omicron yang merupakan varian baharu COVID-19 boleh menjangkiti mereka yang sudah divaksin.

Katanya, hasil penemuan itu berdasarkan data yang diperoleh dari Afrika Selatan.

“Data yang muncul itu menyarankan peningkatan risiko jangkitan semula dengan Omicron.

“Terdapat juga beberapa bukti menunjukkan Omicron menyebabkan penyakit lebih ringan berbanding Delta,” katanya.

Walaupun lebih banyak data diperlukan sebelum kesimpulan kukuh dapat dirumus, beliau tetap menasihkan semua negara meningkatkan pengawasan bagi membantu memberi gambaran lebih jelas mengenai cara Omicron bertindak.

Katanya, tidak sewarjarnya mana-mana negara bersikat lalai biarpun varian itu didapati menyebabkan penyakit kurang teruk buat masa ini.

“Sebarang perasaan berpuas hati (dengan perkembangan itu) pada masa ini akan mengorbankan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, berkata data setakat ini menunjukkan Omicron mencatat kadar kebolehjangkitan tinggi, malah berkemungkinan lebih tinggi daripada Delta.

Pun begitu, tambah beliau, bukan bermakna virus itu tidak boleh dihentikan.

“Ia lebih mudah merebak, justeru kita perlu menggandakan lagi usaha untuk memutuskan rantaian jangkitannya bagi melindungi diri dan seterusnya melindungi orang lain.

“Meskipun Omicron didapati kurang bahaya berbanding varian sebelum ini, ia tetap boleh menyebabkan lebih ramai orang jatuh sakit dan sistem kesihatan terjejas dengan beban berlebihan jika virus terbabit mampu menular lebih pantas,” katanya.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button