Kemalangan

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Baru, Tanjung Bidara, Melaka di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 petang itu, mangsa Mohamad Sharil Othman, 43, maut dilokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Honda Accord dipandu lelaki, 40, tahun dan tiga motosikal termasuk mangsa.

Menurutnya, kerera Honda Accord yang dipandu seorang peniaga dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah menghala ke Tanjung Bidara manakala mangsa menunggang Yamaha 135LC serta dua motosikal lagi dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan serta melanggar ketiga-tiga motosikal.

“Akibat perlanggaran itu mangsa disahkan maut dilokasi kejadian manakala dua lagi penunggang dan seorang pembonceng cedera dibahagian badan, muka serta tulang rusuk,” katanya.

Arshad berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Alor Gajah bagi rawatan lanjut sementara mayat Mohamad Sharil dibawa ke Unit Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat.

Katanya, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diminta hadir ke Balai Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.

“Sampel darah pemandu terbabit sudah diambil bagi ujian alkohol,” katanya.

Katanya, kesemua kenderaan yang terbabit juga kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button