Nasional

Kompaun RM50,000 kepada tiga peniaga dikurangkan kepada RM2,000

KOMPAUN RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila membuka restoran melebihi masa ditetapkan pada bukan lalu kepada tiga peniaga telah dikurangkan kepada RM2,000 saja.

Mereka yang dikenakan kompaun RM50,000 itu ialah peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38; peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor, 42; dan peniaga kedai runcit, Mansah Marjurin, 47.’

Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN) sudah menerima balik kes berhubung kompaun RM50,000 itu.

Beliau menjelaskan bahawa untuk peniaga burger, kompaun RM2,000 dikenakan mengikut garis panduan dan tidak boleh lebih rendah lagi kerana membabitkan kesalahan kali kedua.

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button