Politik

PH ‘gantung’ penggunaan Akta Hasutan – Mujahid

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa Pakatan Harapan tidak pernah menggunakan Akta Hasutan sepanjang 22 bulan pemerintahannya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, Pakatan Harapan mengantung penggunaan Akta Hasutan dengan niat untuk menggantikannya dengan akta lain.

“Ketika Pakatan Harapan naik sudah tentulah saya membawa isu ini untuk diketengahkan cuma apa yang telah kita putuskan seingat saya sewaktu kami jadi kerajaan ialah Akta Hasutan ini kita tidak hapuskan tetapi dia macam digantung, moratorium’.

“Maknanya dia tidak dilaksanakan, tidak digunakan, ada tapi tak buat dengan niat lama-lama benda ini kita nak slowly fade away. Akta-akta ini ada ruang untuk berlaku salah guna kuasa. Untuk kepentingan kuasa,” kata Mujahid dalam siaran langsung di Facebooknya malam tadi.

Naib Presiden Amanah itu semalam telah dipanggil ke Bukit Aman antara lain disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Mac di Parit Buntar yang mempertikai pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, beliau juga disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Hari ini selepas apa yang kita buat selama dua tahun, walaupun orang cakap macam-macam terhadap PH, tetapi selepas dua tahun lakukan reformasi undang-undang, kita menerima realiti itu, sehingga akhirnya kita kata tak apa Akta Hasutan kita gantung sekejap, kita takkan guna Akta Hasutan dan lama-lama kita harap ada ruang yang lebih baik untuk kita reform dengan idea yang saya bawa sebelum ini.

“Tapi malangnya bila kerajaan Pakatan Harapan jatuh, tumbang, apa yang berlaku ialah kerajaan perikatan nasional ambil alih dengan suasana latarbelakang politik yang ada hari ini, saya tidak menafikan ada di sana godaan-godaan untuk kekal kuasa, Akta Hasutan yang telah kita dah padamkan, hari ini telah ditiup balik,” kata Mujahid.

Bagaimanapun media melaporkan Akta Hasutan digunakan terhadap beberapa kes ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

Antaranya termasuk ke atas Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan mengikut Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman pada Januari 2019.-SM

 

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button