Agama

Persatuan Madrasah Tahfiz al Quran Malaysia Perlis tawar “Lembu Sado” setengah tan

BILA menunaikan ibadat korban, masing-masing sedia maklum kalau harga RM700 hingga RM800 untuk sebahagian maka lembunya pun juga dari saiz biasa.

Bagaimanapun Persatuan Madrasah Tahfiz al Quran Malaysia Perlis memberi kelainan pada tahun ini dengan menawarkan seekor “Lembu Sado” untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti.

 

Lembu seberat setengah tan ini menawarkan harga RM1,500 untuk setiap sebahagian bagi dipenuhi oleh tujuh penama.

Pengerusinya, Ustaz Muhammad Rohim Kamis berkata, setakat ini pihaknya masih memerlukan dua lagi penama.

Beliau berkata, kelebihan berkorban dengan lembu bersaiz besar ini juga akan membolehkan pengagihan daging dalam skala lebih besar pada kali ini.

“Kita jangka akan mendapat kira-kira 380 kilogram daging tidak termasuk tulang dan sebagainya,” katanya.

Ustaz Muhammad Rohim Kamis

Kata, daging ini kelak akan diagihkan kepada 15 pusat tahfiz yang ada di negeri Perlis.

Sehubungan itu, Muhammad Rohim juga meminta tujuh lagi pusat tahfiz di negeri ini supaya berdaftar di dalam pesatuan ini.

“Sebaiknya semua tahfiz bernaung dalam persatuan ini yang banyak memberikan manfaat untuk kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata, yang berminat untuk berkorban lembu sado boleh menghubunginya menerusi talian 019 4763394 atau Ustaz Adib 018 4736008 – SM

(Visited 569 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button