Politik

Ahli Parlimen Temerloh semakin pulih, akan kembali bertugas

PELBAGAI cerita dan berita mengenai keadaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Anuar Tahir yang juga Ahli Parlimen Temerloh akhirnya terjawab apabila beliau menyatakan tidak sabar untuk kembali berkhidmat.

Tahap kesihatan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara yang mengalami minor strok itu semakin baik dan tidaklah kritikal sebagaimana yang ditularkan sesetengah pihak.

Malah beliau juga mampu berkomunikasi dan ceria serta bersemangat untuk kembali semula bertugas.

Mohd. Anuar berkata, dia yang menjalani proses rawatan fisioterapi pada masa ini sememangnya tidak sabar untuk bertugas dan kembali ke Temerloh.

“Saya akan kembali bertugas dengan penuh semangat lagi setelah berehat beberapa bulan menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur ( HKL).

” Diharapkan tahap kesihatan saya pulih seperti biasa kerana tidak tidak sabar berkhidmat untuk rakyat. Orang Temerloh jangan susah hati. Tunggulah kepulangan saya. Mereka adalah jantung hati saya. Doakan kesihatan saya,” katanya ketika ditemui di Bilik rehat Hospital Kuala Lumpur hari ini.

 

Mohd Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya mengalami minor strok di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2019 kira-kira pukul 4.30 petang.

Beliau dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur ( HKL) dan kini menjalani rawatan intensif fisoterapi.

Menurutnya, wlaupun dalam cuti sakit, pegawai kementerian dan kaki tangan pejabat Parlimen Temerloh setiap minggu datang memberi laporan perkembangan aktiviti untuk rakyat.

Katanya, beliau optimis akan kembali ke Temerloh, Pejabat Timbalan Menteri dan Dewan Rakyat sebaik sahaja tamat tempoh cuti sakit pada 10 Mac.

“Saya akan kembali kepada mereka. Walaupun ketiadaan saya semua program dirancang seperti biasa seperti santai seni, bantuan masjid, Deepavali, Krismas, Tahun baru Cina dengan bantuan isteri, anak dan kakitangan.

” Orang Temerloh memang hebat sentiasa mendoakan kesihatan saya. hanya tuhan yang membalasannya..
Saya masih sihat walaupun ada pihak memberi gambaran sebaliknya, Ini secara langsung membantu mempopularkan saya,”katanya.

Dalam pada itu, beliau amat berpuas hati dan mengucapkan terima kasih pasukan doktor dan jururawat HKL yang memberi rawatan berkelas dunia dalam membantu memulihkan kesihatannya.

Ujarnya, seramai tujuh hingga lapan doktor pakar sentiasa merawat ya setiap hari dan beliau semakin pulih hasil rawatan dan fisioterapi.

(Visited 589 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button