Nasionalpilihan

Pembangkang tidak sepatutnya tolak tawaran kerjasama rentas parti

TAWARAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan kerjasama rentas parti tidak patut ditolak oleh parti pembangkang.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, tawaran itu sebenanrya membuat ruang kerjasama semua pihak dalam mewujudkan kestabulan politik dan pemerintahan dalam negara.

“Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.

“Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke
landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara,” katanya

Menurut Dominic, kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan saja akan mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.

Muhyiddin pada semalam membuat pengumuman untuk melakukan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Usaha itu juga sebagai satu langkah untuk mewujudkan kestabilan politik sekaligus membantu langkah memerangi Covid-19 yang sedang giat dilakukan.-SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button