Ekonomi

Sime Darby ambil alih 61.2 peratus saham UMW dengan bayaran RM3.57 bilion

SIME DARBY Berhad (Sime Darby) mengumumkan telah memasuki perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mengambil alih pegangan 61.2 peratus PNB dalam UMW Holdings Berhad (UMW).

UMW merupakan sebuah konglomerat terkemuka dengan pelbagai portfolio perniagaan termasuk segmen automotif, peralatan, ruang udara, dan pembuatan & kejuruteraan (M&E).

Mengikut terma perjanjian, Sime Darby akan membeli 61.2 peratus saham PNB dengan bayaran tunai keseluruhan sebanyak RM3.57 bilion, atau RM5 sesaham.

Setelah perjanjian ini menjadi tidak bersyarat, Sime Darby akan membuat tawaran umum untuk 38.8 peratus saham yang tidak dimilikinya dengan tujuan untuk mengeluarkan UMW dari Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, ia adalah langkah strategik untuk memperluas dan mengukuhkan kehadiran syarikat dalam sektor automotif Malaysia, dengan penambahan dua jenama berprestasi tinggi ke dalam portfolio iaitu Toyota dan Perodua.

TOYOTA

“Urusniaga ini akan mengukuhkan kedudukan Sime Darby sebagai pemain automotif utama Malaysia.

“Sebagai rakan pilihan kepada jenama-jenama automotif yang paling dikagumi di dunia, kami sangat teruja untuk berpeluang bekerjasama dengan Toyota, salah satu pengeluar kereta terbesar dan paling dipercayai di dunia,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pengambilalihan tersebut akan meningkatkan pendapatan bersih sesaham Sime Darby dan meningkatkan pulangan pemegang saham Sime Darby.

Sime Darby berharap proses pengambilalihan akan selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh SPA (perjanjian jual beli), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa dan kelulusan pemegang saham serta syarat-syarat penutupan lazim. – SM

Artikel berkaitan > Sime Darby Property laksana penyelesaian solar

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button