Bencana alamNasional

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali: Laporan penuh siap hujung bulan ini

RAMAI yang menanti apakah keputusan laporan penuh tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa di tapak perkhemahan yang beroperasi secara haram tanpa lesen di Batang Kali pada 16 Disember tahun lepas.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan penuh tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor itu dijangka siap hujung bulan ini.

“Beberapa isu telah dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan pada Jemaah Menteri awal bulan ini.

“Selain perlu dimasukkan laporan pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Wisma Sumber Asli, hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Dalam tragedi tersebut, daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat, 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat. – SM

 

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button