Nasional

Kluster Sivagangga bertambah, jangkiti ibu, isteri, anak, cucu, saudara

SEBANYAK 11 kes daripada 14 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan Kluster Sivagangga.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai lapan kes baharu kluster tersebut merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8975.

Mangsa jangkitan merupakan isteri dan dua anak kepada kes-8975. Turut dijangkitai ibu, bapa dan ibu saudara serta adik ipar dan rakan sekerja kes-8975.

Kes-8975 merupakan pelanggan kedai kes pertama Kluster Sivagangga yang merupakan kes-8937 iaitu pemilik kedai yang baru pulang dari Sivagangga, India.

 

Manakala tiga kes Kluster Sivagangga merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976 yang turut mendapat jangkitan daripada kes-8937 iaitu pemilik kedai yang baru pulang dari Sivagangga, India tersebut.

Kes-8976 kemudian merebakkan jangkitan kepada isteri, anak dan dua cucunya.

Sehingga pukul 12 tengah hari sebanyak 313 orang dari kluster tersebut telah disaring. Daripada jumlah itu 20 kes dikesan positif Covid-19 dan 280 negatif. Sementara 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Sebanyak 15 kes melibatkan warganegara Malaysia dan lima kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19.

Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.-SM

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button