Nasional

Kluster politik bertambah, Tajuddin pula positif Covid-19

SEORANG lagi pemimpin politik disahkan positif Covid-19. Terkini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula menerima nasib yang sama.

Pengelola Facebook rasmi Tajuddin mengesahkan beliau positif hari ini, selepas melakukan ujian saringan pada 19 Januari lepas.

Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dialami disebabkan oleh beliau.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dgn beliau eloklah melakukan ujian saringan COVID-19.

“Datuk Seri Haji Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kpd semua pihak yang mendoakan beliau,” menurut catatan itu lagi.

Tajuddin berada dalam sidang media yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd., Yassin beberapa hari lalu.

Mohamed Nazri telah disahkan positif Covid-19 semalam selepas mengadakan ujian saringan Covid-19.

Mohamed Nazri  menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat Datuk Zaharin Mohd Yassin yang turut menghadiri sidang medianya pada 12 Januari lalu.-19.

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button