fbpx
Nasional

Kluster baharu di Kedah babit pusat perubatan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster baharu membabitkan sebuah pusat perubatan di Kedah.

Kuster Sungai itu bermula dari kes indeks iaitu kes ke-9455 yang merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.

Mangsa bergejala sejak 30 Ogos tetapi tidak mendapatkan rawatan. Pada 5 September mangsa melakukan ujian saringan Covid-19 didapati positif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes kedua kluster tersebut iaitu kes ke-9456 merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks.

“Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.


“Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan,” kata Dr. Noor Hisham.

Justeru, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring. Daripada jumlah tersebut dua kes dikesan positif Covid-19 dan  55 individu masih menunggu keputusan.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button