pilihanPolitik

Altimet tolak jadi calon PRU-15 biar pun stabil sebagai Ketua Cabang PKR Ampang!

Boleh dikatakan ramai selebriti yang berada di Lembah Klang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai salah satu medium perjuangan rakyat termasuklah Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.

Ketika ditemui media baru-baru ini, Altimet yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Ampang menolak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau masih belum bersedia untuk menggalas cabaran besar tersebut selain masih banyak perkara yang perlu beliau belajar.

Namun demikian, beliau yang ditemui pada Majlis Pengumuman Calon PKR yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di Taman Kosas memaklumkan akan membantu PKR untuk menang PRU-15.

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button