fbpx
BeritaLuar Negara

Klon kucing kini industri baharu China

SEORANG lelaki yang sangat sedih dengan kematian kucingnya telah mengambil keputusan ‘menghidupkan’ kembali haiwan kesayangannya itu dengan menggunakan teknologi pengklonan.

Menurut laporan China News, Huang Yu sukar menerima hakikat bahawa kucing yang diberi nama Garlic, meninggalkannya beberapa bulan lalu.

Justeru, dia membuat pilihan menggunakan teknologi terbaharu dalam usaha menggembalikan semula kucingnya yang merupakan baka British Shorthair itu.

“Garlic tidak pernah ada anak dan tiada apa yang Garlic tinggalkan selain kenangan, jadi saya fikir lebih baik saya mengklonkannya,” kata beliau.

Dia kemudian membawa kucingnya yang telah mati itu ke sebuah syarikat pengklonan di Beijing.


Bayaran yang harus ditanggung untuk proses tersebut adalah kira-kira RM222,366.

Bagi Huang Yu, dia tidak kisah membelanjakan wang yang banyak asal sahaja kucing itu dapat kembali kepadanya dan kerinduannya hilang.

Tujuh bulan kemudian, syarikat itu mengumumkan usaha mereka berjaya

Dalam masa sama, media rasmi negara tersebut mengisytiharkan bahawa Garlic adalah kucing pertama di China yang berjaya diklonkan.

Garlic 2.0 lahir pada 21 Julai 2019 menerusi kelahiran semula jadi dan genetiknya adalah sama dengan sel somatik Garlic yang telah mati.

“Kitaran reproduksi kucing agak istimewa dan teknik pengklonan mereka lebih sukar. Operasi ini berat. Kejayaan ini menjadikan China negara yang ke hadapan dalam bidang pengklonan,” kata ahli veterinar, Shi Zhensheng.

Untuk proses itu, saintis menanam sel kulit daripada Garlic yang asal ke dalam telur-telur yang diperoleh daripada kucing lain.

Proses menanam embrio klon tersebut membabitkan empat ibu tumpangan.

Daripada jumlah itu tiga ekor kucing mengandung, namun dua daripadanya gugur.

Show More

Related Articles

Back to top button