Nasional

Coronavirus: Selepas Hubei, kerajaan sekat pelawat dari Zhejian dan Jiangsu

KERAJAAN meluaskan sekatan terhadap pelawat dari China bagi mengawal penularan wabak koronavirus. Sebelum ini hanya warga China dari wilayah Hubei dihalang daripada memasuki Malaysia hari ini mereka yang berasal atau pernah melawat wilayah Zhejian dan Jiangsu pula disekat daripada memasuki negara.

Dua wilayah tersebut merangkumi tujuh bandar sementara wilayah Hubei merangkumi 16 bandar termasuk Wuhan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata,  Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa di China mengenai sekatan tersebut.

Setakat ini, didapati tidak ada keperluan untuk menyekat terus kemasukan dari China ke Malaysia, kecuali dari tiga wilayah membabitkan 23 bandar yang telah dikenakan ‘lock-down’ oleh pihak berkuasa China,” katanya.

Semalam, Wan Azizah berkata tiada keperluan Malaysia mengambil langkah menyekat kemasukan semua warga China.

Katanya, selain tidak mahu menimbulkan rasa panik, langkah itu juga berpandukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang belum mengeluarkan arahan sekatan perjalanan.

Sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif koronavirus di negara ini adalah sebanyak 16 orang, iaitu 12 warga China dan empat rakyat tempatan.-SM

 

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button