Ekonomi

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi 3 hingga 9 Ogos

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 Ogos 2023 hingga 9 Ogos 2023 adalah
ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
(iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,
sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button