Nasional

KL, Selangor masih Fasa 1

WALAUPUN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan telah ditarik di Kuala Lumpur dan Selangor namun kedua-dua negeri tersebut masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selangor dan Kuala Lumpur masih belum mencapai nilai ambang tiga indikator untuk beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

“Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun Kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan di dua negeri berkenaan, semalam.

“Nilai ambang tiga indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dicapai sebelum beralih ke Fasa 2.

“Nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai tetapi kes masih tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.


Sementara itu sebanyak 64 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 2,239 buah kilang, 14,551 premis perniagaan, 793 tapak pembinaan dan 293 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

“Semalam, 433 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 408 individu dikompaun manakala 25 lagi direman,” kata Ismail Sabri.

Sementara itu 12 lokaliti dikenakan PKPD bermula 19 Julai hingga 1 Ogos. Empat lokaliti melibatkan Sabah iaitu Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu; Kampung Tinusa 2, Sandakan serta QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari, Tawau.

Di Negeri Sembilan juga membabitkan empat lokaliti yang terletak di daerah Rembau iaitu Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Setia Raja, Mukim Chembong dan Taman KSNS, Mukim
Pedas.

Dua lokaiti terletak di Kuching, Sarawak iaitu Kampung Garung dan Kampung Pasir Hilir, Daerah Lundu dan dua lokaliti terletak di Pahang iaitu Pos Iskandar, Bera dan Kuala Medang, Lipis.

Manakala PKPD di enam lokaliti yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 1 Ogos membabitkan Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang termasuk taman Cahaya PKNK.

Dua lagi terletak di Sabah melibatkan Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan Kampung Simpangan, Kota Marudu dan satu lagi di Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.-SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button