Ekonomi

SME Bank peruntuk RM110,000 semarakkan program tanggungjawab sosial korporat Ramadan

SME Bank telah memperuntukkan RM110,000 daripada dana zakat dan korporat bagi menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat Ramadan tahun ini. Secara keseluruhannya, seramai 4,609 orang Asnaf telah mendapat manfaat ini melalui program sumbangan pek makanan, peralatan sekolah dan wang tunai di seluruh negara.

Sebagai inisiatif untuk memberi peluang warga kerja SME Bank memberi semula kepada masyarakat, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail menyatakan, “Seiring dengan nilai teras SME Bank, SMILE, program ini dapat menerap nilai ihsan melalui kerja amal berpasukan. Bagi warga kerja SME Bank dari ibu pejabat, seramai 87 orang telah menjadi sukarelawan bagi Program Imarah Masjid yang diadakan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail

“Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan tujuh buah masjid, surau dan madrasah serta sumbangan makanan berbuka puasa telah dilaksanakan sejak 6 April 2023 sebagai inisiatif mengindahkan dan mengimarahkan masjid dan surau bagi keselesaan ahli kariah.” kata Aria.

“Selain ini, 19 buah cawangan SME Bank di seluruh negara turut sama menganjurkan Program Ramadan di kawasan masing-masing bagi meringankan beban persiapan hari raya serta persekolahan yang dihadapi.”

Seramai 2,369 orang Asnaf daripada golongan warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan pelajar B40 telah mendapat manfaat daripada program ini. Ini merupakan langkah inklusif kami untuk turut melibatkan kakitangan di cawangan dalam program-program anjuran Bank di samping memberi semula kepada komuniti setempat.” tambah Aria lagi.

Program tanggungjawab sosial korporat Ramadan di Masjid At-Tarmizi, Sentosa, Kuala Lumpur pada 14 April 2023 turut disertai oleh barisan pengurusan kanan yang diketuai oleh Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank.

Selain program khusus bulan Ramadan, SME Bank turut menganjurkan pelbagai program tanggungjawab korporat yang memberi fokus terhadap pembangunan komuniti usahawan. – SM

Artikel berkaitan > SME Bank hulur bantuan kewangan kepada pelanggan terjejas banjir

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button