Nasionalpilihan

NGO digalakkan pilih produk tempatan bantu mangsa banjir

KERAJAAN mengalakkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendahulukan produk keluaran tempatan semasa pemilihan sumbangan barangan keperluan asas terhadap mangsa banjir di negara ini.

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Rohaizi Bahari berkata, ini kerana kualiti produk keluaran tempatan kini sudah setanding dengan barangan import.

“Sekaligus bukan sahaja dapat membantu pengaliran wang keluar malah membantu usahawan kita lebih mampan,” katanya.

Rohaizi melancarkan Karnival Jelajah Jualan Rahmah Kasih Sayang “Mai Pakat Mai” Perlis dan Gimik Mokti’s Tour Pesta Aiskrim di Dataran D, Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas melancarkan Karnival Jelajah Jualan Rahmah Kasih Sayang “Mai Pakat Mai” Perlis dan Pelancaran Mokti’s Tour Pesta Aiskrim di Dataran D, Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Rohaizi juga melakukan Gimik Perasmian – Mokti’s Tour Pesta Aiskrim.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup negeri, Razali Saad dan Pengarah KPDN Perlis, Noorazah Jaapar.

Rohaizi melihat “food truck” yang terlibat pada Karnival Jelajah Jualan Rahmah Kasih Sayang “Mai Pakat Mai” Perlis dan Pelancaran Mokti’s Tour Pesta Aiskrim di Dataran D, Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam (22 Disember) Pejabat KPDN Perlis telah melaksanakan 199 Program Jualan RAHMAH di lokasi tiga Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Katanya, sebanyak 60 program di lokasi di dalam premis dan 25 di luar lokasi premis dan secara bergerak sebanyak 114 lokasi.

Tambahnya, ia melibatkan hasil jualan RM3.5 juta dengan bilangan pengunjung melebihi 180,000 orang. – SM

Artikel berkaitan > Sistem Digital: Perlis akan perbanyakkan kursus untuk peniaga

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button