Nasional

KKMM capai 100 peratus KPI ditetapkan kerajaan, Annuar Musa gembira

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, gembira dan puas hati kerana kementeriannya berjaya mencapai 100 peratus Indeks Petunjuk Utama (KPI) ditetapkan kerajaan, sebelum ini termasuk pembukaan semula industri kreatif dan pembikin filem.

Pada permulaan Annuar berkata KKMM hanya menyasarkan lebih 2,000 usahawan terkaitan dengan industri seni kreatif dan perfileman dapat beroperasi semula.

Bagaimanapun, Annuar berkata jumlah penggiat industri yang kembali aktif meningkat dua kali ganda iaitu melebihi 3,900 syarikat memperbaharui dan membuat permohonan baharu.

“KKMM amat teruja untuk menyertai pameran mengenai pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) nanti.

“Malah seluruh Keluarga Malaysia berpeluang untuk mengetahui pencapaian 100 hari menteri dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi pameran secara interaktif di portal MyDIGITAL.KKMM, mulai 9 hingga 12 Disember ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan portal MyDIGITAL.KKMM di Putrajaya sebentar tadi.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata semua kementerian akan mengambil bahagian bagi mempamerkan pencapaian 100 hari dicapai mereka di bawah kerajaan baharu.

Annuar berkata, pameran itu secara tidak langsung dapat mempromosikan lagi portal MyDIGITAL.KKMM kepada seluruh Keluarga Malaysia terutama menerusi kaunter kementerian.

“Kita tidak menetapkan sasaran angka berapa ramai pengunjung tetapi sesiapa sahaja atau rakyat mahu mendapatkan segala maklumat portal MyDIGITAL.KKMM.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa memantau portal MyDIGITAL.KKMM bagi melihat berapa ramai melayarinya sebagai petunjuk mengenai keberkesanannya,” katanya.

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button