Nasional

Bila mana Dr Mahathir nampak `belang’ mereka…

KOMENTAR

ADAKAH Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah nampak apa yang berlaku kebelakangan ini yang terbukti `belang’ rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH)?

Apabila sudah mendapat sekelumit kuasa, ada parti yang sandang setengah dozen jawatan menteri tampak sungguh `lagu’ mereka.

Ia lebih banyak berkisar soal survival orang Melayu.

Mungkinkah ini yang `mendorong’ Pengerusi PH itu menjemput Pas dengan 18 kerusi Parlimennya menyertai pakatan baharu. Ini sekali gus agaknya `menarik’ UMNO untuk menambah 38 kerusi lagi – menguatkan lagi 26 lagi kerusi dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dan jika sembilan kerusi dikuasai Parti Warisan Sabah, diikuti 19 lagi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta masing-masing satu kerusi MCA dan MIC melompat masuk pakatan itu nanti, sudah berapakah penguasaan pakatan baharu ini?

Mari Suara Merdeka bantu kirakan: 18 + 38 + 26 + 9 + 19 + 1 + 1 = 112.

Dengan 112 kerusi ini, bukankah majoriti mudah sudah diperoleh pakatan baharu?

Persoalan dan kebimbangan yang dibangkitkan di perenggan awal tadi bukanlah isu orang Melayu rasis. Tetapi semua ini diperjuangkan demi menjaga hak-hak dan kepentingan Melayu-Islam dan bumiputera.

Kita tidak mahulah apa yang berlaku di Singapura berulang di negara ini.
Lihatlah Geylang Serai yang dahulunya merupakan kampung Melayu, kini menjadi pusat tarikan pelancongan yang hanya mempamerkan rumah-rumah tradisional orang Melayu. Nilai orang Melayu di republik itu bertukar dari penduduk asal kepada etnik ‘eksotik’.

Orang Melayu lama pasti tidak lupa dengan kampung Melayu yang sudah pupus seperti Kampung Glam. Selepas kemenangan PAP (People’s Action Party) diketuai Lee Kuan Yew pada tahun 1959, Housing Development Board (HDB) yang diperkenalkannya setahun kemudian benar-benar mengubah polisi perumahan di Singapura.

Hasilnya kini kebanyakan kawasan perumahan terancang di negara itu didiami lebih 80 peratus orang Cina. Selebihnya kaum Melayu dan India.

Di Amerika Syarikat, kaum asalnya, Red Indian apa sudah jadi? Takkanlah bila nasi sudah jadi bubur, baru tersedar dari lena. Abaikankanlah DAP, Parti Amanah Negara dan sebilangan mereka dalam PKR sebab kita sudah tahu mereka siapa?

“DI atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka…”

Demikian ungkapan keramat cendekiawan yang juga bekas pemimpin Pas, Dr. Burhanuddin Al-Hilmi yang sewajarnya menjadi panduan anak bangsa mengenang kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka kira-kira 500 tahun lalu di tangan Portugis (1511).

Setelah berlalu lima kurun, lihatlah apa yang terjadi pada penyatuan orang Melayu hari ini? Adakah kebarangkalian terbentuk coalition baharu berdasarkan teras Melayu-Islam dan bumiputera?

Kita orang Melayu tentu sekali berharap pemimpin-pemimpin Melayu berlapang dada dan berjiwa besar demi masa depan anak bangsa seperti mana dilafazkan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin.Tidak mahulah apa yang berlaku di Singapura berulang di negara ini.

Hakikatnya Anwar hendak jadi Perdana Menteri pada bila-bila masa pun boleh. Jika dulu Pas meletakkan dua syarat, tanpa DAP dan Presiden PKR itu untuk parti itu menerima bakal PM-8, kini tidak lagi selepas menetapkan `cuma tanpa DAP’.

Adakah Anwar menolak tuah dengan nekad meninggalkan rakan-rakan DAP nya serta mereka dalam Amanah yang oportunis?

Dan daripada Dr. Mahathir menjadikan DAP sebagai rakan kongsinya, mengapa tidak dibuang dendam itu dengan duduk semeja bersama pemimpin-pemimpin parti Melayu yang lain.

Sebagai kompromi untuk transisi sementara (peralihan kepimpinan), barangkali Tengku Razaleigh Hamzah boleh bertindak sebagai caretaker memandangkan
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu diterima banyak pihak.

Kata orang – jangan ada had limit untuk melihat penyatuan Melayu-Islam terlaksana. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button