Nasional

KKM umum wujud kluster baharu, Tawar

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan kewujudan kluster baharu pandemik Koronavirus (Covid-19) iaitu Kluster Tawar di Baling Kedah, hari ini.

Dalam kluster tersebut, 10 orang dikenalpasti positif termasuk sembilan kes hari ini.

KKM dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan kes pertama dilapor 12 Ogos selepas hasil ujian saringannya positif.

Kes tersebut disaring di Hospital Sungai Petani pada 11 Ogos.

Kesemua jangkitan tersebut dikenalpasti melalui satu keluarga dan ahli keluarga terdekat. – SM


(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button