Nasional

KKM siasat AEFI serius banduan Penjara Kajang

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menyiasat 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius termasuk kematian dalam kalangan banduan di Penjara Kajang.

Pengarah NPRA, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, siasatan juga telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Katanya, laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubungkait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan.

“KKM akan memaklumkan situasi semasa laporan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan 18 kes mengalami kesan AEFI serius yang dilaporkan di dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara tersebut.

Daripada 18 kes yang dilaporkan, surat itu memaklumkan sebanyak 15 kes melibatkan vaksin Pfizer manakala 3 lagi berkait dengan vaksin Sinovac.

Daripada kes AEFI itu, dua kematian dilaporkan dalam tempoh sebulan selepas vaksinasi, tiga kes melibatkan jantung manakala empat kes mengalami kelumpuhan.

Pada masa sama, laporan itu memaklumkan terdapat tiga kes unik di mana terjadi nanah di tempat bukan suntikan sementara enam kes melibatkan jangkitan di paru-paru.

Roshayati berkata, pihaknya akan memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui pemantauan laporan AEFI.- SM

 

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button