Nasional

KKM sasar bendung penularan dalam tempoh 2 minggu

PKPB menunjukkan hasil dengan bacaan R-naught kini bawah 1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan kes Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan tindakan kesihatan awam termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak sebulan lalu berjaya menunjukkan hasil yang positif sehari dua ini.

Katanya, pada permulaan gelombang ketiga penularan Covid-19 bacaan R-naught adalah pada paras 2.2.

“Tetapi apabila kita lihat sekarang ini pada 20 September hingga sekarang ini lebih sebulan kita lihat perkembangkan kes telah kita berjaya turunkan R-naught kepada 1.5 minggu lepas.

“Kalau mengikut unjuran R-naught 1.5 sepatutnya kita akan dapat 1357 kes semalam dan hari ini. Tapi semalam kita hanya ada 799 kes dan hari ini kita 659 kes sahaja,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, KKM menyasarkan untuk menurunkan bacaan R-naught dari 1 ketika ini kepada 0.3 dalam tempoh dua minggu lagi.

“Tapi kalau kita mengunakan unjuran R-naught 1 sepatutnya semalam dan hari ini kita akan dapat 950 kes. sSemalam kita hanya ada 799 kes dan hari ini kita 659 kes sahaja.

Bererti kita kurang daripada R-naught 1 bermaksud tindakan kita dalam tempoh dua minggu menggunakan kaedah PKPB iaitu imbangkan kesihatan dan ekonomi telah menampakan hasil iaitu kita dapat menurunkan kes kebolehjangkitan R-naught kurang dari 1. Ini adalah kesan positif hasil pengurusan dan tindakan KKM.

“Kita harap dalam tempoh dua minggu lagi kalau boleh kita mempergiatkan lagi aktiviti dan pengurusan pesakit Covid dan tindakan aktiviti di lapangan untuk kita membendung penularan jangkitan,” kata Dr. Noor Hisham.

Justeru menurutnya, KKM memerlukan kerjasama rakyat Malaysia untuk patuh kepada prosedur operasi standard bagi membolehkan bacaan R-naught dilandaikan daripada 1 kepada 0.3.

Beliau berkata, adalah tidak mustahil untuk KKM memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di Sabah, Selangor dan negeri-negeri lain seperti yang telah dilakukan di Kedah sebelum ini.

“Seperti mana kita lihat di negeri Kedah ada peningkatan kes yang tinggi dengan banyak kluster seperti Sivagangga, Tawar, Salak, Telaga, Sungai dan hari ini kita dapati hanya 1 kes sahaja dilaporkan di negeri itu.

“Bererti dengan tindakan kesihatan awam kita dengan tindakan saringan yang dijalankan tertumpun di kawasan-kawasan zon yang kita syak dan kita melaksanakan PKPB kita dapat kurangkan kes.

“Begitu juga di Sarawak dan Selangor, Lembah Kelang boleh kita kawal dan cegah Covid-19 kalau kita gunakan kaedah yang sama,” kata Dr. Noor Hisham memberi harapan.

Tegas beliau walaupun tiada vaksin dan ubat untuk Covid-19 namum negara masih mempunyai kaedah kesihatan awam untuk mengurus dan mengambil tindakan memutuskan jangkitan Covid-19.

Apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat awam adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan termasuk duduk di rumah.-SM

 

 

 

 

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button