Nasional

Lima pegawai Kementerian Sumber Manusia dipecat

MENTERI Sumber Manusia, V Sivakumar mengesahkan lima pegawainya ditamatkan perkhidmatan sambil menegaskan, ia bagi memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

“Itu memang berlaku, kita nak pastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kemuncak bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (PKP) bersama syarikat berkaitan kerajaan 2023.

Pada 4 Mei lalu, sumber kementerian memberitahu FMT, kontrak lima pegawainya diberhentikan.

Sementara itu, seorang lagi pegawai dipindahkan dari Kementerian Sumber Manusia ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pembantu Sivakumar namun membebaskan mereka selepas perintah reman empat hari tamat pada 17 April lalu.

Penahanan mereka dipercayai berhubung siasatan kelulusan kuota pekerja asing.

Beberapa pihak sebelum ini mendesak Sivakumar bercuti atau meletak jawatan selepas beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Sivakumar bertegas tidak akan meletak jawatan sambil menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berpandangan tiada keperluan baginya berbuat demikian.

Ditanya mengapa mereka dipecat ketika kes itu masih dalam siasatan, Sivakumar enggan menjawab dan terus beredar. – SM

BACA PAUTAN Siasatan terhadap pembantu menteri bukti komitmen PM banteras rasuah

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button