Nasional

KKM, Pfizer meterai perjanjian keluar dan bekal vaksin Covid-19 di Malaysia

KERAJAAN Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, hari ini memeterai perjanjian dengan  Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 Pfizer di negara ini.

Perjanjian itu merupakan lanjutan kepada perjanjian “Binding Heads of Terms” (perjanjian awal untuk mengikat terma-terma) yang ditandatangani pada 24 Nov lalu.

Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer.

Perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer, Anil Argilla.

Berucap pada majlis itu, Dr. Adham berkata kerajaan Malaysia menghargai sokongan yang diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal daripada jangkaan.

Argilla pula berkata Pfizer komited untuk memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik.

“Ini merupakan satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button