Nasional

KKM perlu siasat syarikat pengawal keselamatan hospital tindas pekerja

Jangan sampai ada pengawal keselamatan hospital bunuh diri

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) digesa menyiasat sebuah syarikat swasta yang menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan di sebuah hospital kerajaan di Seremban selepas didakwa menekan pekerjanya.

Koordinator Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) Negeri Sembilan, S Tinagaran berkata, syarikat swasta itu didakwa memberi tekanan dengan memotong gaji, masa rehat yang terhad serta tidak membayar elaun cuti am.

“Kita minta KKM menyiasat dan membatalkan kontrak yang diberi kepada syarikat swasta itu kerana memperlakukan pekerja syarikat mereka sehingga ada yang ingin membunuh diri.

“Kita juga meminta KKM menilai semula perjanjian dengan syarikat-syarikat yang diberikan kontrak hospital kerajaan supaya mereka lebih prihatin dan mempunyai dasar toleransi dan profesional apabila pekerja membuat aduan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum meminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyiasat dakwaan tentang syarikat swasta tersebut.
Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KKM, Then Ming Fatt.


Tinagaran berkata, tekanan dialami pekerja terbabit selepas peraturan yang disifatkan sebagai tidak ‘berperikemanusiaan’ itu mengakibatkan dua pekerja pengawal keselamatan di hospital kerajaan itu berhentikan pada Mei lalu.

Beliau berkata, masalah itu timbul selepas syarikat swasta tersebut mengambil alih kontrak di hospital kerajaan di Seremban pada 2020.

Katanya, sebelum syarikat itu mengambil alih, tiada masalah yang berlaku. –  SM

 

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button