Politik

KKM perlu jelaskan imbangan jumlah saringan, jangkitan baharu Covid-19

IMBANGAN antara jumlah ujian saringan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes baharu harian pandemik Koronavirus (Covid-19) perlu dinyatakan.

Walaupun berlaku penurunan kes harian, namun terdapat juga pengurangan jumlah ujian saringan yang dilakukan oleh KKM.

Hal tersebut dilihat seperti terdapat manipulasi data dalam menentukan jumlah kes harian pandemik, sedangkan ujian saringan itu sepatutnya menjadi sumber yang disandar.

Malah, berdasarkan jumlah kes baharu dan ujian saringan yang dilakukan sejak awal bulan ini, peratusannya masih lagi melebihi lima peratus.

“Saya diberi maklumat bahawa jumlah saringan Covid-19 setiap hari dibuat KKM telah jatuh sejak minggu lepas.

“Akibatnya jumlah kes positif Covid-19 yang dilapor turut jatuh.

“Tetapi kadar positif (iaitu jumlah kes positif berbanding jumlah saringan) atau ‘positive rate’ tetap tinggi dan melebihi kadar lima peratus.

“Bulan lepas, KKM pernah memberitahu bahawa kadar positif yang melebihi lima peratus iaitu paras minima disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan virus tersebut semakin merebak dalam masyarakat.

“Rakyat Malaysia menyambut baik penurunan jumlah kes baru Covid-19 yang diumum setiap hari tetapi rakyat juga ada hak untuk tahu bahawa penurunan ini adalah akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan.

“Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baru dikesan setiap hari tetap tinggi.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan membangkitkan jumlah ujian saringan yang dilakukan mempengaruhi jumlah kes baharu Covid-19.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan KKM yang tidak lagi mahu melakukan ujian saringan terhadap kontak rapat.

Sebaliknya hanya kontak rapat yang bergejala sahaya akan diarahkan menjalani ujian saringan.

“Sedia maklum bahawa sekitar 80 peratus mereka yang positif Covid tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Sebab ini soal kesihatan awam, kita harap KKM juga akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” ujarnya. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button