JenayahNasionalNegeri

Lans Koperal tembak isteri direman seminggu

ANGGOTA polis yang berpangkat Lans Koperal yang menembak mati isterinya direman selama seminggu mulai hari ini sehingga 12 Februari ini.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor mengeluarkan perintah reman itu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kerana suspek kini dalam rawatan.

Dengan perintah reman ini akan membolehkan suspek berusia 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas tuduhan membunuh.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Pada kira-kira pukul 6 pagi semalam, suspek menembak isteri bilik tidur di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis.

Mangsa yang ditemukan di atas katil dalam keadaan mengiring itu didapati mempunyai kesan tembakan pada bahagian bawah mata kiri.

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop pada sidang media di pejabatnya berkata, mangsa Safsufarnisya Salleh, 26 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, suspek yang bertugas selama empat tahun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar ini ditahan setelah serbuan di lokasi kejadian.- SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button