Nasional

KKM haram penjualan 2 produk Glow Skin White, Rzac Beauty Creme 2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengharamkan penjualan tiga produk kecantikan iaitu Glow Skin White – Brightening Cream, Glow Skin White – Sun Care dan Rzac Beauty Creme 2.

Menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara KKM ketiga-tiga produk tersebut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.

Dalam satu kenyataan KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.-SM

(Visited 1,172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button